Tuesday, 11 November 2014

Program Cuti Sekolah, Intensif Smart Al-Quran (ISQ) November 2014

Cuti sekolah datang lagi!
  • Anda ingin manfaatkan cuti sekolah anak anda? 
  • Tidak mahu mereka membazirkan cuti dengan hanya bermain Video Game dan melayari internet?
  • Mahu mereka lebih dekat dengan Al-Quran dan mempelajarinya?
        Kami boleh membantu anda! InsyaAllah!     

Al-Baghdadi Learning Center, Bandar Rinching akan mengadakan Intensif Smart Al-Quran (ISQ) untuk anak-anak pada musim cuti persekolahan November 2014 ini.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Maklumat Program     
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh    : 24 hingga 28 November 2014 (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat)
Tempoh  : 5 Hari
Waktu    : 8.00 malam hingga 9.30 malam
Lokasi    : ALC Bandar Rinching, No 107, Jalan TPS 3/2, Taman Pelangi Semenyih.
Yuran     : *RM100.00
( Termasuk: pendaftaranyuranbuku, bahan bengkel dan sijil)

Hubungi / SMS / Whatsapp 
013 - 285 6342 (Ustaz Fazley) 
017 - 326 2676 (Ustazah Ita)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
         Latar Belakang         
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


  • Teknik Al-Baghdadi adalah suatu pendekatan teknik secara sistematik dan terancang untuk memudahkan pelajar mempelajari asas al-Quran dalam tempoh waktu tertentu dengan hasilnya dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. 
  • Teknik ini adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap    lapisan    masyarakat    mempelajari    ASAS    al-Quran berpandukan Buku Tamhid Al Baghdadi yang disusun dengan pendekatan terkini disertai alat ketuk sebagai bahan bantu dan pembelajaran dapat dijalankan secara kelas serta memudahkan guru mengawal kelas. 
  • Program cuti sekolah ISQ dirasakan sangat perlu bagi memenuhi permintaan ibu bapa,dan permintaan masyarakat yang tercari-cari tempat untuk anak-anak mempelajari al-Quran secara intensif semasa cuti sekolah, 
  • InsyaAllah program ISQ Al Baghdadi ini dirasakan dapat memenuhi keperluan masakini.
  • Teknik Al-Baghdadi telahpun menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai asas al-Quran dengan pantas dan dapat dilaksanakan secara kelas tanpa ada masalah, tambahan pula pembelajaran    disertai permainan    juga    disediakan    kerana memahami fitrah kanak-kanak yang sememangnya menganggap semua perkara sebagai permainan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
               Objektif               
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Memperkenalkan murid dengan asas al-Quran menggunakan teknik yang inovatif, kreatif dan berkesan.
  2. Membantu murid membaca al-Quran secara intensif.
  3. Meningkatkan    penguasaan    bacaan    murid-murid    yang berkemahiran membaca secara intensif 
  4. Memastikan semua murid di pusat yang terlibat dapat menjadi pemangkin kearah generasi Ulul Albab. 
  5.  Menyediakan wadah pembelajaran berteraskan al-Quran semasa cuti sekolah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  Siapa yang boleh sertai ISQ?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ISQ boleh disertai oleh semua murid sekolah rendah ( 7 - 12 Tahun)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        Yuran Penyertaan      
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yuran     : *RM 100 shj.
( Termasuk: pendaftaranyuranbuku, bahan bengkel dan sijil)


Hubungi / SMS / Whatsapp: 
013 - 285 6342 (Ustaz Fazley) 
017 - 326 2676 (Ustazah Ita)