Tuesday, 11 November 2014

Program Cuti Sekolah, Intensif Smart Al-Quran (ISQ) November 2014

Cuti sekolah datang lagi!
  • Anda ingin manfaatkan cuti sekolah anak anda? 
  • Tidak mahu mereka membazirkan cuti dengan hanya bermain Video Game dan melayari internet?
  • Mahu mereka lebih dekat dengan Al-Quran dan mempelajarinya?
        Kami boleh membantu anda! InsyaAllah!     

Al-Baghdadi Learning Center, Bandar Rinching akan mengadakan Intensif Smart Al-Quran (ISQ) untuk anak-anak pada musim cuti persekolahan November 2014 ini.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Maklumat Program     
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh    : 24 hingga 28 November 2014 (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat)
Tempoh  : 5 Hari
Waktu    : 8.00 malam hingga 9.30 malam
Lokasi    : ALC Bandar Rinching, No 107, Jalan TPS 3/2, Taman Pelangi Semenyih.
Yuran     : *RM100.00
( Termasuk: pendaftaranyuranbuku, bahan bengkel dan sijil)

Hubungi / SMS / Whatsapp 
013 - 285 6342 (Ustaz Fazley) 
017 - 326 2676 (Ustazah Ita)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
         Latar Belakang         
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


  • Teknik Al-Baghdadi adalah suatu pendekatan teknik secara sistematik dan terancang untuk memudahkan pelajar mempelajari asas al-Quran dalam tempoh waktu tertentu dengan hasilnya dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. 
  • Teknik ini adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap    lapisan    masyarakat    mempelajari    ASAS    al-Quran berpandukan Buku Tamhid Al Baghdadi yang disusun dengan pendekatan terkini disertai alat ketuk sebagai bahan bantu dan pembelajaran dapat dijalankan secara kelas serta memudahkan guru mengawal kelas. 
  • Program cuti sekolah ISQ dirasakan sangat perlu bagi memenuhi permintaan ibu bapa,dan permintaan masyarakat yang tercari-cari tempat untuk anak-anak mempelajari al-Quran secara intensif semasa cuti sekolah, 
  • InsyaAllah program ISQ Al Baghdadi ini dirasakan dapat memenuhi keperluan masakini.
  • Teknik Al-Baghdadi telahpun menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai asas al-Quran dengan pantas dan dapat dilaksanakan secara kelas tanpa ada masalah, tambahan pula pembelajaran    disertai permainan    juga    disediakan    kerana memahami fitrah kanak-kanak yang sememangnya menganggap semua perkara sebagai permainan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
               Objektif               
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Memperkenalkan murid dengan asas al-Quran menggunakan teknik yang inovatif, kreatif dan berkesan.
  2. Membantu murid membaca al-Quran secara intensif.
  3. Meningkatkan    penguasaan    bacaan    murid-murid    yang berkemahiran membaca secara intensif 
  4. Memastikan semua murid di pusat yang terlibat dapat menjadi pemangkin kearah generasi Ulul Albab. 
  5.  Menyediakan wadah pembelajaran berteraskan al-Quran semasa cuti sekolah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  Siapa yang boleh sertai ISQ?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ISQ boleh disertai oleh semua murid sekolah rendah ( 7 - 12 Tahun)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        Yuran Penyertaan      
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yuran     : *RM 100 shj.
( Termasuk: pendaftaranyuranbuku, bahan bengkel dan sijil)


Hubungi / SMS / Whatsapp: 
013 - 285 6342 (Ustaz Fazley) 
017 - 326 2676 (Ustazah Ita)

Monday, 6 October 2014

Pengenalan





Pengenalan

Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.




Set Pembelajaran

  • Buku Tamhid


  • Buku Tajwid
  • Alat Ketuk



# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Yuran & Tahap

Yuran:           RM 50 Sebulan 
Buku & Alat Ketuk:           RM 50 
Pendaftaran:           RM 50







KELAB TAMHID ( ASAS )
Tumpuan kepada 6 kemahiran asas iaitu

1. Huruf Hijaiyah

2. Tanda Baris

3. Tanwin

4. Mad

5. Sukun

6. Sabdu

Waktu Belajar : Ahad

8:30 - 10:30 pagi (Kanak-Kanak)
. 11.00 - 1.00 petang (Dewasa)
1 kali seminggu



Tempoh

2 jam setiap sesi

Target: 3 Bulan (Dewasa)
. Target: 6 Bulan (Kanak-Kanak)



 KELAB TAJWID
Kandungan Program

1. Makhraj Huruf

2. Hukum Alif Lam

3. Hukum Nun Mati

4. Hukum Mim Mati

5. Hukum Mad

6. Huruf Muqatto’ah

7. Bacaan & Tanda Waqaf

8. Bacaan Pelbagai

Waktu Belajar : Ahad

8:30 - 10:30 pagi (Kanak-Kanak)
. 11.00 - 1.00 petang (Dewasa)
1 kali seminggu

Tempoh

2 jam setiap sesi

Target : 3 Bulan (Dewasa)



 KELAB TALAQQI
Kandungan Program

Amali bacaan secara ‘Tartil’ bersama guru.

Pemantapan Tajwid secara praktikal.



Waktu Belajar : Ahad

2.00 - 4.00 petang (Kanak-Kanak)
. 4.00 - 6.00 petang (Dewasa)

1 kali seminggu


Tempoh

2 jam setiap sesi
. Target : 15 bulan




# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Ilmu dan Ulama'

Jom berkongsi hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama'

Rasulullah S.A.W. kepada Ibnu Mas'ud r.a. : "Wahai Ibnu Mas'ud, kamu berada sesaat didalam majlis ilmu, sedangkan kamu tidak menyentuh pena, kamu tidak menulis satu huruf pun, adalah terlebih baik bagi kamu drpd membebaskan seribu orang hamba, dan kamu melihat wajah orang berilmu adalah terlebih baik bagi kamu drpd bersedekah seribu kuda perang pada jalan Allah S.W.T., dan kamu memberi salam kepada orang yg berilmu adalah terlebih baik drpd orang yang beribadat seribu tahun.




Rasulullah S.A.W. : "Seorang yang faqih lagi bersifat wara' adalah lebih ditakuti oleh syaitan drpd seribu orang yg beribadat bersungguh2, tapi jahil dan melakukan perkara2 syubhat."

Rasulullah S A.W. bersabda. : "Kelebihan orang yg berilmu ke atas org yg beribadat seperti kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang2."

Sabda Nabi S.A W. : "Sesiapa yg mengembara kerana utk belajar suatu ilmu akan diampunkan dosa baginya sebelum dia melangkah."



Sabda Nabi S.A.W. : "Hormatilah Ulama', kerana mereka disisi Allah S.W.T. adalah pilihan-pilihan Allah S.W.T. yg diberikan kemuliaan."

Rasulullah S.A.W. bersabda. : "Sesiapa melihat wajah org yg berilmu dgn sekali pandang saja, dia suka dgn pandangan tersebut maka Allah S.W.T. mencipta drpd pandangan tersebut satu Malaikat yg meminta ampun baginya hingga hari Qiamat."



Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa memuliakan org berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakan maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T., dan sesiapa memuliakan Allah S.W.T. maka tempatnya adalah di Syurga."

Rasulullah S.A.W. : "Tidur org berilmu lebih baik drpd ibadat org  yg jahil."


Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yg belajar satu bab drpd ilmu dan dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, adalah lebih baik drpd dia bersembahyang sunat seribu rakaat."

Rasulullah S A.W. : "Sesiapa menziarahi org yg berilmu seolah2 dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dgn org berilmu seolah2 dia berjabat tangan dgn ku, sesiapa duduk bersama org berilmu seolah2 dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yg duduk bersamaku semasa di dunia, aku akan memberi peluang utk duduk bersamaku pd hari Qiamat."



Pengajaran Hadis :

1- Orang berilmu dan org yg jahil amat berbeza dj antara satu sama lain kerana org berilmu mempunyai hubungan yg hampir kpd Allah S.W.T. sedangkan org jahil tidak tahu menghampirkan diri mereka kpd Allah S.W.T.

2- Orang berilmu dihormati kawan dan lawan. Setiap kata2nya menjadi pedoman yg bermakna buat semua org2 jahil.

3- Orang berilmu dapat menerangi kegelapan jahiliah sehingga mampu menggoncang dunia dgn kalimah sucinya.

# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Kelebihan Iman

Jom berkongsi hadis Kelebihan Iman.

Rasulullah S.A W. bersabda : "Iman ialah makrifah (yakin sepenuhnya pada Allah) dengan hati, ucapan dgn lidah dan beramal dgn rukun2nya."

Sabda Nabi S.A.W. : "Iman adalah bertelanjang, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya adalah malu, dan buahnya (hasilnya) adalah ilmu."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Tidak sempurna iman bagi seseorang yg tidak ada sifat amanah."

Sabda Nabi S.A.W. : "Tidak senpurna iman seseorang kamu sehingga ia benar2 mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Iman berada di dalam dada orang beriman, tidak sempurna iman melainkan dengan menyempurnakan perkara2 fardhu dan sunat, dan tidak rosak iman melainkan dgn ingkar terhadap perkara2 fardhu dan sunat. Sesiapa meninggalkan perkara2 fardhu tanpa ingkar kefardhuannya diberi seksa ke atasnya, dan sesiapa menyempurnakan perkara2 yg fardhu baginya adalah Syurga."



Sabda Nabi S.A.W. : "Iman tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang, akan tetapi ia mempunyai kedudukan tertentu iaitu dengan menyebut satu persatu cabang2 iman. Sekiranya kurang kedudukan iman, dan asal iman ialah penyaksian bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T. yg satu tiada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pd bulan Ramadhan, mengerjakan haji, dan mandi junub. Sesiapa yg menambah kedudukan iman, nescaya bertambahlah kebaikan, dan sesiapa yg kurang kedudukan iman, maka berkuranglah kedudukan iman, bukan iman itu sendiri."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Iman adalah dua bahagian; pertama terletak pada sabar dan bahagian kedua terletak pada syukur.



Sabda Nabi S.A.W. : "Iman adalah penyekat daripada pembunuhan secara mudah, tidak akan dilakukan pembunuhan secara mudah oleh orang yg beriman."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Allah S.W.T. telah menjadikan iman, lalu Allah S.W.T. menghiasi dan memujinya dgn sifat bertimbang rasa dan malu, dan Allah S.W.T. juga menjadikan kekufuran, lalu Allah S.W.T. mencelanya dgn sifat bakhil dan bengis."

Sabda Nabi S.A.W. : "Apabila penduduk Syurga memasuki Syurga, dan apabila penduduk neraka memasuki neraka, Allah S.W.T. memerintahkan supaya dikeluarkan drpd api neraka sesiapa yg ada di dalan hatinya sebesar biji zarah drpd iman."




Pengajaran Hadis :

1- Iman perlu melalui tiga aspek utama, membenarkan segala suruhan dan larangan di hati yg suci, melaksanakan dgn anggota badan dan ucapan dgn lidah.

2- Iman menentukan kedudukan manusia antara baik dan buruk, antaranya Syurga dan Neraka.

3- Iman akan menjadi halangan dan hijab berlakunya perkara2 yg diharamkan oleh Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Tips menghafal “Muka Surat” Al-Quran yang Menakjubkan!






Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.

# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Amalan Ayatul Kursi



Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.InsyaAllah!

# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?


Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan? | Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Bahagian paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
    “Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.”
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.
Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.



# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013 285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

Kelebihan Siwak (Menggosok gigi)

Jom kita berkongsi kelebihan bersiwak (Menggosok gigi)

Sabda Nabi S.A.W. : " Solat dua rakaat dengan bersiwak (bersugi) adalah terlebih baik berbanding solat tujuh puluh rakaat tanpa bersiwak."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Bersiwaklah kamu kerana sesungguhnya siwak itu dapat menyucikan mulut kamu dan dengannya kamu akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. "



Sabda Nabi S.A.W : "Terdapat enam perkara daripada sunnah utusan-utusan Allah S.W.T. ; pertama : Sifat malu, kedua : Sikap lemah-lembut, ketiga : berbekam, keempat : bersiwak, kelima : memakai wangi-wangian dan keenam : mempunyai ramai isteri."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Setiap orang Islam ke atasnya tiga kewajipan (Sunat Muakkad) pertama : mandi pada hari Jumaat, kedua : bersiwak dan ketiga : memakai wangi-wangian."



Sabda Nabi S.A.W. : "Bersihkanlah mulut-mulut kamu dengan bersiwak, kerana sesungguhnya ia adalah landasan AlQuran."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Allah S.W.T. merahmati orang yang mencungkil (membersihkan) gigi daripada umatku semasa berwudhu dan juga setelah makan."

Sabda Nabi S.A.W. : "Janganlah kamu mencungkil gigi dengan kayu Aas dan Raihan (2 jenis kayu yang berbau harum) dan buluh, kerana ia akan mewarisi gigi jarang."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Solat bagi orang yang bersiwak terlebih baik berbanding dengan tujuh puluh solat tanpa bersiwak."

Sabda Nabi S.A.W. : "Jibril sentiasa berwasiat kepada ku supaya bersiwak sehingga aku takut kalau sekiranya gigiku berkarat."



Rasulullah S.A.W : " Aku diperintahkan supaya bersiwak sehingga aku takut tentang penjagaan gigiku."

Pengajaran Hadis :

1- Solat orang yang bersiwak lebih utama berbanding solat orang yang tidak bersiwak.

2- Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga giginya dengan bersiwak untuk mengelakkan daripada berkarat.

3- Orang yang bersiwak mulutnya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan giginya terjaga daripada sebarang kerosakan. Dengan itu dia akan mudah menghafal ayat-ayat suci AlQuran dan Hadis Nabawi.



# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com



Kelebihan Basmalah

Jom berkongsi hadis kelebihan Basmalah :

Rasulullah S.A.W. bersabda. "Tiadalah apabila seseorang hamba itu menyebut "Bismillahirrahmanirrahim" melainkan hancurlah syaitan sebagaimana hancurnya timah di atas api."

Sabda Nabi S.A.W : “Tiadalah bagi seseorang hamba yang menyebut Bismillahirrahmanirrahim melainkan Allah S.W.T. memerintahkan malaikat yang mencatat supaya menulis di dalam (buku) empat ratus kebajikan.”



Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang menyebut Bismillahirrahmanirrahim sekali, maka tidak akan tinggal daripada dosanya walaupun sebesar zarah (melainkan diampunkan oleh Allah S.W.T).”

Sabda Nabi S.A.W. : “Sesiapa menulis Bismillahirrahmanirrahim semata-mata untuk membesarkan Allah S.W.T, maka diampunkan baginya dosa yang terdahulu dan yang terkemudian.”



Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila seseorang dari pada kamu menulis Bismillahirrahmanirrahim, maka hendaklah memperelokkan ar-Rahman. Sesungguhnya Allah S.W.T. menghiasi langit dengan bintang-bintang, menghiasi Malaikat dengan Jibril A.S, menghiasi Syurga dengan para Bidadari dan istana-istana yang indah, menghiasi Nabi-nabi dengan Muhammad S.A.W, menghiasi hari-hari dengan hari Jumaat, menghiasi malam dengan malam Lailatul Qadar, menghiasi bulan-bulan dengan bulan Ramadhan, menghiasi masjid-masjid dengan Kaabah dan menghiasi kitab-kitab dengan AlQuran dan menghasi AlQuran dengan Bismillahirrahmanirrahim.”

Sabda Nabi S.A.W. : “Sesiapa yang menyebut Bismilahirrahmanirrahim nescaya ditulis namanya daripada golongan Abrar (golongan yg hampir kepada Allah dan banyak melakukan amal kebaikan) dan dia terselamat daripada kufur (tidak percaya kepada keesaan Allah S.W.T) dan nifaq.”



Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang menyebut Bismilahirrahmanirrahim, maka Allah S.W.T. akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.”

SabdaNabi S.A.W. : “Apabila kamu berdiri maka ucapkanlah Bismillahirrahmanirrahim dan selawat salam buat Junjungan Mulia Saidina Muhammad S.A.W., sahabat dan ahli keluarganya. Sekiranya manusia mengumpat kamu, maka Malaikat akan mencegah mereka daripada berbuat demikian.”



Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila kamu berada didalam satu majlis maka ucapkanlah Bismillahirrahmanirrahim, dan selawat salam Allah buat junjungan Mulia Saidina S.A.W, sahabat dan keluarganya. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka Allah S.W.T. akan mewakilkan Malaikat untuk mencegah manusia daripada mengumpat sehingga mereka tidak mampu untuk mengumpat kamu.”

Pengajaran hadis :

1-    Ucapan Basmalah menjadi banteng daripada gangguan jin dan manusia.
2-    Amalan harian manusia akan digandakan pahalanya kerana menyebut kalimah Basmalah.
3-    Basmalah menjadi pertahanan diri zahir dan batin daripada sebarang ancaman.


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com