Sabda Nabi S.A.W. : " Solat dua rakaat dengan bersiwak (bersugi) adalah terlebih baik berbanding solat tujuh puluh rakaat tanpa bersiwak."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Bersiwaklah kamu kerana sesungguhnya siwak itu dapat menyucikan mulut kamu dan dengannya kamu akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. "
Sabda Nabi S.A.W : "Terdapat enam perkara daripada sunnah utusan-utusan Allah S.W.T. ; pertama : Sifat malu, kedua : Sikap lemah-lembut, ketiga : berbekam, keempat : bersiwak, kelima : memakai wangi-wangian dan keenam : mempunyai ramai isteri."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Setiap orang Islam ke atasnya tiga kewajipan (Sunat Muakkad) pertama : mandi pada hari Jumaat, kedua : bersiwak dan ketiga : memakai wangi-wangian."
Sabda Nabi S.A.W. : "Bersihkanlah mulut-mulut kamu dengan bersiwak, kerana sesungguhnya ia adalah landasan AlQuran."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Allah S.W.T. merahmati orang yang mencungkil (membersihkan) gigi daripada umatku semasa berwudhu dan juga setelah makan."
Sabda Nabi S.A.W. : "Janganlah kamu mencungkil gigi dengan kayu Aas dan Raihan (2 jenis kayu yang berbau harum) dan buluh, kerana ia akan mewarisi gigi jarang."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Solat bagi orang yang bersiwak terlebih baik berbanding dengan tujuh puluh solat tanpa bersiwak."
Sabda Nabi S.A.W. : "Jibril sentiasa berwasiat kepada ku supaya bersiwak sehingga aku takut kalau sekiranya gigiku berkarat."
Rasulullah S.A.W : " Aku diperintahkan supaya bersiwak sehingga aku takut tentang penjagaan gigiku."
Pengajaran Hadis :
1- Solat orang yang bersiwak lebih utama berbanding solat orang yang tidak bersiwak.
2- Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga giginya dengan bersiwak untuk mengelakkan daripada berkarat.
3- Orang yang bersiwak mulutnya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan giginya terjaga daripada sebarang kerosakan. Dengan itu dia akan mudah menghafal ayat-ayat suci AlQuran dan Hadis Nabawi.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment