Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Azan dan Iqamah

Jom berkongsi hadis Kelebihan Azan dan Iqamah.

Rasulullah S.A.W. bersaba : "Sesiapa yang melaungkan azan untuk bersolat selama tujuh tahun dengan mengharapkan pengampunan, maka Allah S.W.T. akan menulis baginya kebebasan daripada api neraka." (Riwayat al-Tarmizi)

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa azan selama dua belas tahun maka wajib dia mendapat syurga." (Riwayat Ibn Majah)

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa azan lima waktu solat dengan penuh keimanan dan ketaqwaan maka dia diampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian." (Riwayat al-Baihaqi)

Sabda Nabi S.A.W. : "Allah S.W.T. memelihara tiga golongan manusia daripada azab kubur, pertama : orang yg mati syahid, kedua : juru azan, ketiga : orang yang mati pada siang hari dan malam hari Jumaat."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sekiranya manusia mengetahui rahsia azan dan saf pertama, nescaya mereka akan membuat pengundian dan berlumba-lumba untuk membuat pengundian. Sekiranya kamu mengetahui rahsia bersegera hadir ke masjid, kamu akan berlumba-lumba bersegera hadir ke masjid. Sekiranya kamu mengetahui rahsia hadir solat Isya' dan solat Subuh, nescaya kamu akan bersegera hadir untuk menunaikan kedua-dua solat tersebut walaupun dalam keadaan merangkak."

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa mendengar seruan azan, lalu dia mengucup dua tangannya, kemudian dia meletakkan dua tangannya di atas dua matanya, sambil berkata : Selamat datang wahai zikrullah (Azan) sebagai penyejuk mata kami, juga selamat datang wahai Rasulullah S.A.W., maka aku lah yang akan memberi syafaat kepadanya pada hari Qiamat dan aku lah juga yang akan memimpin jalannya ke Syurga."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Apabila tiba waktu azan pintu-pintu langit akan dibuka, dimustajabkan doa. Apabila tiba waktu iqamah pula maka tidak akan ditolak doanya."

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa berkata ketika azan, berbahagialah orang2 yang berkata dengan adil (juru azan) dan berbahagialah dengan solat-solat lima waktu dengan ucapan selamat datang, maka Allah S.W.T. menulis baginya seribu kebajikan, menghapuskan seribu kejahatan dan mengangkat seribu darjat."

Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa mendengar azan dan tidak berkata seperti mana kata2 juru azan, sesungguhnya pada hari Qiamat dia dilarang daripada sujud apabila sujudnya juru2 azan."

Sabda Nabi S.A.W. : "Tiga golongan berada di bawah bayangan Arasy pada hari yang tiada bayang melainkan bayangan tersebut, pertama : imam yang adil, kedua : juru azan dan ketiga : pembaca AlQuran yang menbaca setiap malam 200 ayat."



Pengajaran Hadis :

1- Juru azan (Muazzin) yang betul2 mengharapkan keampunan daripada Allah S.W.T. dijanjikan Syurga yang penuh dengan kenikmatan.

2- Syeikh Abdul Kadir al-Jailani berkata : Juru azan wajib memelihara lafaz azan daripada melakukan kesalahan dalam menyebut dua kalimah syahadah, wajib mengetahui masuk waktu solat dan dia tidak diizin melaungkan azan melainkan setelah masuk waktu, kecuali solat Subuh.

3- Orang yang gembira dengan kedatangan solat lima waktu akan dihapuskan dosa dan diangkatkan beberapa darjat di sisi Allah S.W.T.


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment