Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Basmalah

Jom berkongsi hadis kelebihan Basmalah :

Rasulullah S.A.W. bersabda. "Tiadalah apabila seseorang hamba itu menyebut "Bismillahirrahmanirrahim" melainkan hancurlah syaitan sebagaimana hancurnya timah di atas api."

Sabda Nabi S.A.W : “Tiadalah bagi seseorang hamba yang menyebut Bismillahirrahmanirrahim melainkan Allah S.W.T. memerintahkan malaikat yang mencatat supaya menulis di dalam (buku) empat ratus kebajikan.”



Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang menyebut Bismillahirrahmanirrahim sekali, maka tidak akan tinggal daripada dosanya walaupun sebesar zarah (melainkan diampunkan oleh Allah S.W.T).”

Sabda Nabi S.A.W. : “Sesiapa menulis Bismillahirrahmanirrahim semata-mata untuk membesarkan Allah S.W.T, maka diampunkan baginya dosa yang terdahulu dan yang terkemudian.”



Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila seseorang dari pada kamu menulis Bismillahirrahmanirrahim, maka hendaklah memperelokkan ar-Rahman. Sesungguhnya Allah S.W.T. menghiasi langit dengan bintang-bintang, menghiasi Malaikat dengan Jibril A.S, menghiasi Syurga dengan para Bidadari dan istana-istana yang indah, menghiasi Nabi-nabi dengan Muhammad S.A.W, menghiasi hari-hari dengan hari Jumaat, menghiasi malam dengan malam Lailatul Qadar, menghiasi bulan-bulan dengan bulan Ramadhan, menghiasi masjid-masjid dengan Kaabah dan menghiasi kitab-kitab dengan AlQuran dan menghasi AlQuran dengan Bismillahirrahmanirrahim.”

Sabda Nabi S.A.W. : “Sesiapa yang menyebut Bismilahirrahmanirrahim nescaya ditulis namanya daripada golongan Abrar (golongan yg hampir kepada Allah dan banyak melakukan amal kebaikan) dan dia terselamat daripada kufur (tidak percaya kepada keesaan Allah S.W.T) dan nifaq.”



Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang menyebut Bismilahirrahmanirrahim, maka Allah S.W.T. akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.”

SabdaNabi S.A.W. : “Apabila kamu berdiri maka ucapkanlah Bismillahirrahmanirrahim dan selawat salam buat Junjungan Mulia Saidina Muhammad S.A.W., sahabat dan ahli keluarganya. Sekiranya manusia mengumpat kamu, maka Malaikat akan mencegah mereka daripada berbuat demikian.”



Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila kamu berada didalam satu majlis maka ucapkanlah Bismillahirrahmanirrahim, dan selawat salam Allah buat junjungan Mulia Saidina S.A.W, sahabat dan keluarganya. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka Allah S.W.T. akan mewakilkan Malaikat untuk mencegah manusia daripada mengumpat sehingga mereka tidak mampu untuk mengumpat kamu.”

Pengajaran hadis :

1-    Ucapan Basmalah menjadi banteng daripada gangguan jin dan manusia.
2-    Amalan harian manusia akan digandakan pahalanya kerana menyebut kalimah Basmalah.
3-    Basmalah menjadi pertahanan diri zahir dan batin daripada sebarang ancaman.


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com











No comments:

Post a Comment