Sunday, 5 October 2014

Tuntutan Bersolat dalam Islam

Solat merupakan rukun Islam yang utama. Oleh itu kita bertanggungjawab untuk menolong dan membantu dalam membimbing masyarakat muslimin dan muslimat, tanpa mengira kecil atau dewasa, dalam mengerjakan ibadat solat. Dengan ini diharapkan agar tertanam dalam jiwa mereka, bahawa tiada jin dan manusia dijadikan melainkan supaya menyembah Allah S.W.T.



Petikan ayat berkenaan tuntutan bersolat dalan Islam :

Dan dirikanlah kamu kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah, Ayat 43).


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah, Ayat 45).

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah, Ayat 238).


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah, Ayat 277).



# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi / sms / whatsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com




No comments:

Post a Comment