Rasulullah S.A.W. bersabda : "Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata : Telah berwasiat kekasihku Rasulullah S.A.W. kepadaku lalu sabda Nabi : Wahai Abu Hurairah, solatlah kamu berjemaah walaupun kamu dalam keadaan duduk (uzur) sesungguhnya Allah S.W.T. akan menganugerahkan kamu setiap solat sebanyak 25 pahala berbanding solat tidak berjemaah."
Sabda Nabi S.A.W. : "Kelebihan solat berjemaah berbanding solat berseorangan iaitu sebanyak 25 darjat dan kelebihan solat sunat di rumah berbanding solat di masjid seperti kelebihan solat berjemaah berbanding solat seorang diri."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Solat berjemaah melebihi solat berseorangan sebanyak 27 darjat." (Riwayat al-Bukhari)
Sabda Nabi S.A.W : "Sebaik2 solat lima waktu di sisi Allah S.W.T. ialah solat Subuh berjemaah pada hari Jumaat."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa solat Subuh berjemaah kemudian duduk mengingati Allah S.W.T. sehingga terbit fajar matahari maka baginya perlindungan daripada api neraka dan bebas daripadanya."
Sabda Nabi S.A.W. : "Solat lelaki berjemaah melebihi solat berseorangan iaitu sebanyak 25 darjat, maka apabila dia menunaikan solatnya di padang luas yang tiada air lalu ia menyempurnakan wudhu'nya, rukuknya dan sujudnya nescaya darjat solatnya bertambah sebanyak 25 darjat."
Rasulullah S.A.W. : "Sesiapa solat berjemaah selama 40 hari maka Allah S.W.T. menulis baginya kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafiq."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa solat Fajar dan Asar akan dimasukkan ke dalam Syurga tanpa hisab."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa hadir solat berjemaah, Allah S.W.T. menulis baginya sepuluh kebajikan setiap kali pergi dan kembali dan menghapuskan sepuluh kejahatan dan mengangkat sepuluh darjat."
Sabda Nabi S.A.W. : "Tiada solat bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan solat di masjid."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Solat berjemaah merupakan rahmat dan ia terlebih baik daripada dunia dan seisinya, berjemaah itu membawa rahmat dan berpecah itu merupakan azab."
Pengajaran Hadis :
1- Solat berjemaah akan diganjari pahala berlipat kali ganda berbanding dengan solat seorang diri.
2- Solat Subuh dan Isya' amat digalakkan kerana kedua-duanya susah untuk dilakukan oleh orang biasa melainkan orang yang telah diberi taufiq dan hidayah oleh Allah S.W.T.
3- Solat berjemaah akan mengeratkan perpaduan dan kerjasama di antara satu sama lain dalam membentuk generasi yang perihatin terhadap masyarakat sekitar.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment