Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Jom berkongsi hadis Kelebihan Selawat kepada Nabi Muhammad S.A W.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa yg berselawat ke atasku sekali maka Allah S.W.T. akan berselawat keatasnya sepuluh kali."

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa berselawat kepadaku seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga dikhabarkan baginya Syurga."



Rasulullah S.A.W. bersabda :"Sesiapa yg berselawat kepadaku sekali, Allah S.W.T. akan berselawat kepadanya sepuluh kali, dan sesiapa yg berselawat kepadaku sepuluh kali, Allah S.W.T. akan berselawat kepadanya seratus kali, dan sesiapa yg berselawat kepadaku seratus kali, Allah S.W.T. akan berselawat kepadanya seribu kali, dan sesiapa yg berselawat kepadaku seribu kali, selamatlah ia daripada sentuhan api neraka."

Sabda Nabi S.A.W. :"Sesiapa yg lupa berselawat kepadaku, sesungguhnya ia akan tersesat jalan untuk ke Syurga."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya manusia yg paling hampir denganku pada hari Qiamat ialah mereka yg paling banyak berselawat kepadaku." (Riwayat Al-Bukhari, Al-Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Sabda Nabi S.A.W. : "Selawat kamu kepadaku adalah penghapus segala dosa kecil dan fitnah."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa yg berselawat kepadaku setiap hari Jumaat sebanyak empat puluh kali, Allah S.W.T. akan menghapuskan semua dosanya (dosa kecil)."

Sabda Nabi S.A.W. : "Tiadalah daripada doa itu kecuali diantara doa tersebut dgn langit terdapat hijab, sehinggalah dia berselawat kepadaku. Apabila dia berselawat kepadaku, maka terbukalah hijab tersebut dan akan diangkat doanya."

Rasulullah S A.W. bersabda : "Sesiapa berselawat kepadaku sebanyak seratus kali pada setiap hari, Allah S.W.T akan menunaikan seratus hajatnya, tujuh puluh daripada hajatnya di akhirat dan tiga puluh daripadanya di dunia."

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yg berselawat kepadaku sekali, Allah S.W.T. dan Malaikat akan berselawat kepadanya sebanyak 20 kali dan dia tidak akan mati sehingga dikhabarkan syurga untuknya."



Pengajaran hadis :

1- Allah S.W.T. menyukai hamba-Nya yg berselawat dengan penuh ikhlas utk mendapat keredhaan-Nya.

2- Manusia yg berselawat kpd Rasul akan diselawatkan oleh Allah S.W.T. dan para Malaikat dan dijanjikan syurga untuknya.

3- Selawat dapat menghapuskan dosa2 kecil yg telah dilakukan oleh manusia dan mencegah manusia daripada melakukan perkara2 keji dan mungkar.


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment