Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Memberi Salam

Jom kongsi kelebihan memberi salam.    
     
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Hendaklah kamu memberi salam sebelum bercakap.”

Sabda Nabi S.A.W.  : “Sesiapa memulai percakapannya sebelum memberi salam maka jangan kamu melayan percakapannya.”



Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa memulai dengan salam maka dialah yang terlebih utama di sisi Allah S.W.T. dan Rasulnya.”

Sabda Nabi S.A.W. : “Assalam sebahagaian nama-nama Allah S.W.T., Allah S.W.T. meletakkannya di bumi maka sebarkanlah di antara kamu. Lelaki Islam apabila melalui suatu puak lalu dia memberi salam kepada mereka, lantas mereka menjawab salamnya, maka lelaki tersebut mendapat kurnia satu darjat kerana mengingatkan mereka dengan salam, dan sekiranya mereka tidak menjawab salam itu, maka akan ada orang lain yang terlebih baik dan mulia yang akan menjawabnya.”

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah S.W.T. ialah manusia yang memulakan salam.”

Sabda Nabi S.A.W. : “Kepala tawadhu’ ialah memulakan salam.”


Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila dua orang Islam bertemu, maka yang paling hampir kepada Allah S.W.T. daripada kedua-duanya ialah yang terlebih dahulu memberikan salam.”

Sabda Nabi S.A.W. : “Apabila kamu masuk di dalam majlis maka berilah salam dan apabila kamu meninggalkannya maka berilah salam.”

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebakhil-bakhil manusia ialah mereka yang bakhil untuk memberi salam.”

Sabda Nabi S.A.W. : “Ucapan salam merupakan suatu penghormatan untuk agama kita dan jaminan keamanan untuk umat kita. Firman Allah Taala : Apabila diberi ucapan penghormatan (salam) maka hendaklah kamu membalasnya dengan ucapan penghormatan yang lebih baik daripada itu atau sama seperti ucapan salamnya.”


Pengajaran hadis :

1- Salam merupakan ajaran agama Islam utk kesejahteraan umatnya di dunia dan di akhirat.

2- Ucapan salam sebagai tanda penghormatan yang tinggi kpd orang yang kita temui dan sebagai permulaan satu-satu percakapan di dalam majlis atau di luar majlis.

3- Orang yg suka mengucapkan salam maka dialah sebenarnya manusia yg amat pemurah dan orang yg tidak mengucapkan salam maka dia adalah sebakhil2 manusia.



*Sesi penerangan Belajar AlQuran Teknik AlBaghdadi setiap Ahad bermula jam 8.30pagi.

# Hubungi/sms/wsap : 013- 285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment