Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa yg berwudhu' utk solat, kemudian dia memperelokkan wudhu'nya, lantas bangun mendirikan solat, sesungguhnya dia akan keluar (bersih) drpd dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yg tidur dalam keadaan berwudhu' lalu dia mati pd malam tersebut, maka dia dikira mati syahid di sisi Allah S.W.T."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yg tidur dlm keadaan bersih (berwudhu') seumpama orang yg berpuasa yg menghidupkan malam harinya (Qiamullail)."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yg berwudhu' utk menyucikan diri, ditulis baginya sepuluh kebaikan."
Rasulullah S A.W. bersabda : "Tidak dikira solat bagi sesiapa yg tidak berwudhu' dan tidak dikira berwudhu' bagi sesiapa yg tidak menyebut nama Allah S.W.T.(Basmalah) semasa berwudhu'."
Sabda Nabi S.A.W. : "Wudhu' adalah sebahagian drpd iman."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Meratai wudhu' adalah (sudah memadai) sekali sahaja. Maka sesiapa yg meratai wudhu'nya dua kali adalah baginya dua pahala, dan sesiapa meratai wudhu'nya tiga kali maka wudhu'nya seperti wudhu' para nabi2 sebelum daripadaku."
Sabda Nabi S.A.W. : "Allah S.W.T. tidak akan menerima solat seseorang kamu apabila berhadas sehinggalah dia berwudhu'."
Rasulullah S A.W. bersabda : "Wudhu' di atas wudhu' seperti cahaya di atas cahaya."
Pengajaran Hadis :
1- Manusia yg sentiasa berwudhu' dlm kehidupan hariannya akan terlepas drpd dosa2 kecil yg telah dilakukannya.
2- Sunat meratai wudhu' sebanyak tiga kali keseluruh anggota wudhu' kerana cara tersebut menyerupai cara wudhu' para nabi dan orang2 soleh.
3- Orang yg berwudhu' pada waktu hendak tidur seolah2 dia bangun solat pd waktu malam dan sekiranya dia mati dlm keadaan berwudhu' maka ia termasuk dlm golongan mati syahid.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment