Rasulullah S.A.W. bersabda : "Masjid merupakan rumah bagi setiap orang beriman."
Sabda Nabi S.A.W. : "Apabila kamu melihat seorang lelaki yg sentiasa pergi ke masjid maka saksikanlah oleh mu baginya dengan keimanan."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa bercakap dengan percakapan dunia di dalam masjid, maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala amalannya sebanyak 40 tahun."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesungguhnya para Malaikat membenci orang yg bercakap di dalam masjid dgn percakapan yg sia-sia dan melencong drpd kebenaran."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Seburuk-buruk tempat di atas muka bumi ialah pasar dan sebaik-baik tempat ialah masjid."
Sabda Nabi S.A.W. : "Apabila salah seorang daripada kamu masuk masjid maka janganlah kamu duduk sehingga kamu solat 2 rakaat."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Masjid-masjid naik mengadu kepada Allah S.W.T. tentang penghuninya yg bercakap-cakap di dalamnya dengan percakapan dunia, maka ia disambut oleh para Malaikat lalu berkata : Kembalilah, sesungguhnya kami diutuskan untuk menghancurkan mereka."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang menghidupkan pelita di dalam masjid sekadar boleh dilihat dengan mata, maka para Malaikat terus menerus memohon ampun baginya selama mana pelita tersebut masih bercahaya di dalam masjid."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa menghampar tikar di dalam masjid, para Malaikat terus menerus memohon ampun baginya selama mana tikar tersebut masih terhampar di dalam masjid."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa mengeluarkan kotoran daripada masjid dengan kadar apa yg terlihat dengan matanya, Allah S.W.T. akan mengeluarkannya daripada sebesar-besar dosanya."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Jangan kamu jadikan masjid-masjid kamu seperti jalan-jalanan."
Pengajaran Hadis :
1- Allah S.W.T. mendidik manusia supaya mendirikan masjid kerana masjid merupakan tempat yang paling mulia dan suci untuk menanam sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah (tercela).
2- Masjid adalah rumah Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan dipelihara, pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.
3- Manusia yang terpesona dengan masjid hatinya penuh khusyu' dan tunduk terhadap segala perintah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, tiada yang dicari melainkan menuntut keredhaan Allah S.W.T. yang Maha Agong dan Mulia.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment