Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Perkara-perkara Fardhu

Jom berkongsi hadis Kelebihan Perkara-perkara Fardhu.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Islam ditegakkan oleh lima perkara, pertama ; mengucap bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T. dan Muhammad Rasulullah, kedua ; melaksanakan solat, ketiga ; mengeluarkan zakat, keempat ; menunaikan haji, kelima ; berpuasa di bulan Ramadhan."

Sabda Nabi S.AW. : "Tunaikanlah kamu solat lima waktu."



Rasulullah S.A.W bersabda : "Solatlah kamu lima waktu, dan bersihkanlah harta kamu, dan berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, dan hendaklah kamu menunaikan haji di Baitullah (Masjidil Haram), dengan itu kamu akan dimasukkan ke Syurga Tuhan kamu tanpa perhitungan."

Sabda Nabi S.A.W. : "Solat itu tiang agama, maka sesiapa yang melaksanakan solat maka ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa meninggalkannya maka ia telah meruntuhkannya."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Wanita apabila solat lima waktu, menyucikan hartanya dengan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan (selain hari uzur), menunaikan haji di Baitullah, taat kepada suaminya, memelihara kemaluannya, maka ia akan dapat memasuki syurga Tuhannya melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya."

Sabda Nabi S.AW. : "Setiap sesuatu terdapat panji dan panji keimanan ialah SOLAT."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Takutlah olehmu kepada Allah S.W.T. di dalam solat, takutlah olehmu kepada Allah S.W.T. di dalam solat, takutlah olehmu kepada Allah S.W.T. di dalam solat, takutlah olehmu kepada Allah S.W.T. daripada anak Adam dan haiwan yang dihormati, takutlah olehmu kepada Allah S.W.T. berkaitan dengan dua golongan yang lemah iaitu wanita janda dan anak yatim."

Sabda Nabi S.A.W. : "Solatlah kamu sebagaimana kamu meihat aku solat."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka ia kufur secara terang-terangan."



Sabda Nabi S.A.W. :"Solat lima waktu penebus dosa-dosa besar dan hari Jumaat ke hari Jumaat penebus dosa di antara keduanya dan tiga hari berikutnya."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa menghimpunkan di antara dua solat tanpa keuzuran maka ia mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar."



Pengajaran Hadis :

1- Solat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh mengundang kerosakan di muka bumi dan menjejaskan hubungan antara sesama manusia.

2- Tiang agama Islam ialah solat. Solat membezakan Islam dengan agama-agama lain. Di dalam solat manusia berhubung terus dengan Pencipta alam ini dengan memperhambakan diri kepada-Nya, tunduk kepada tauhid nama-nama dan sifat-sifat-Nya, Rububiyyah dan Uluhiyyah.



3- Meninggalkan solat termasuk dalam golongan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan wajib ia bertaubat dan berjanji untuk tidak meninggalkan solat pada hari berikutnya. Jika ia tidak sempat bertaubat maka tempatnya ialah neraka Saqor (Neraka utk mereka yg tinggalkan solat lima waktu).


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676(Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment