Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
‘Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran dihadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran dibelakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka’
Sabda Rasulullah lagi
Maksudnya: “Pada hari kiamat nanti di syurga akan dikatakan kepada orang yang suka membaca al-Quran, ‘Bacalah dan lembutkanlah. Bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia! Sesungguhnya kedudukanmu bergantung kepada akhir ayat al-Quran yang kamu baca’.
Orang yang menghafal satu juzuk berada di salah satu tangga syurga. Darjat yang dia dapatkan sesuai dengan banyaknya juzuk yang dia hafal, demikian seterusnya dengan orang yang hafal dua juzuk, tiga juzuk dan seterusnya.
Sesuatu yang paling agung yang pernah ditinggalkan dalam sejarah kehidupan atau dakwah Rasulullah adalah dia menjadikan al-Quran sebagai manhaj hidupnya. Baginda hanya akan berasa nyaman dengan membaca al-Quran.
Di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.
Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang - orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
"Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami, dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu Ya ALLAH rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang boleh memberi segala-galanya."" (HR An-Nasa`i)
Rasullah s.a.w bersabda , Maksudnya :
“ Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya “
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment