Sunday, 5 October 2014

Fadhilat Al-Quran


Pengertian Al-Quran

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir (iaitu riwayat org yg ramai dan dijamin tidak berdusta terhadap Rasulullah SAW. Kemudian, drpd kumpulan ini diriwayatkan pula kumpulan lain yg serupa dgnnya) dan menjadi ibadat dgn membacanya.

Susunan Al-Quran terdiri drpd cantuman 28 huruf Hijaiyyah yg mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6,236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra' (Rujuk kitab Ahkam al-Tajwid)

Kelebihan Al-Quran

Antara kelebihan Al-Quran ialah :
1) Mukjizat teragung.
2) Mukjizat Nabi Muhammad SAW yg kekal hingga hari kiamat.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

Yg bermaksud : Dan kelebihan kalamullah ke atas seluruh kalam (perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadian Nya.

Peringkat Penurunan Al-Quran

Al-Quran diturunkan melalui beberapa peringkat iaitu :

i. Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz. Cara turun dan wujudnya Al-Quran di Luh Mahfuz pd waktu yg tidak diketahui kecuali Allah.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : Bahkan ialah Al-Quran yg mulia. Diturunkan ke Luh Mahfuz. (Surah al-Buruj 85:21-22)

ii. Al-Quran diturunkan ke Baitul Izzah di Langit Dunia pd Lailat al-Qadr dlm satu jumlah (sekali gus).

iii. Al-Quran diturunkan dgn perantaraan Jibril a.s. kpd Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur.

Keistimewaan Al-Quran

Perbezaan lebih khusus antara Al-Quran dgn ucapan yg lain (hadis Qudsi & hadis Nabawi) ialah Al-Quran merupakan firman Allah SWT, diturunkan dgn lafaz dan makna yg jelas, dgn perantaraan Malaikat Jibril a.s., kemudian tersebar dlm bentuk-bentuk tetap dan tidak dapat ditiru dan mendapat jaminan Allah SWT. Ini berdasarkan firman Nya :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lah yg menurunkan Al-Quran dan Kami lah yg memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

Fadhilat Membaca Al-Quran

Sabda Rasulullah SAW :


Fadhilat Mengajar Al-Quran

Sabda Rasulullah SAW :

Yg bermaksud : Sesiapa yg mengajar Al-Quran kpd anaknya secara melihat mashaf, Allah SWT akan mengampunkan dosanya yg lalu dan yg terkemudian dan sesiapa yg mengajarnya secara menghafaz, Allah SWT akan membangkitkannya di hari akhirat seperti bulan purnama dan dikatakan kpd anaknya, Bacalah! Tiap-tiap kali dia membaca satu ayat daripadanya Allah SWT akan mengangkat darjat bapanya hinggalah sampai akhir ayat yg dihafaznya.


Oleh itu mari kita bermuhasabah diri, merenung kembali keadaan diri yg kerdil ini dan bertanya.

 "Dimanakah hak Al-Quran yg selama ini aku dipertanggung jawabkan yg telah aku jalankan dan aku ikuti. Adakah Al-Quran hanya sekadar penghias dinding rumah sebagai hiasan. Atau sebagai syarat ianya ada pd setiap rumah utk pendinding dari perbuatan syirik dan gangguan syaitan. Atau sekadar dibaca pd majlis tertentu sahaja."

Ayuh, kita berubah mulai sekarang, bangkit, ambil wudhuk dan ambil naskhah Al-Quran yang sudah pun bersawang dan berabuk tu. Bersihkan, cium ia, sayangi ia, peluk ia erat-erat, ingat lah ianya Mukjizat Nabi yg masih kekal hingga akhirat, selak lembaran uzur itu dan mula lah membacanya dengan penuh tawadduk dan insaf. Kita sudah tiada masa, Malaikat Izrail tiada membuat temujanji bila nyawa kita akan dicabutnya. Sedarlah.

JOM NGAJI AL-QURAN di ALC Bandar Rinching!!

# Hubungi  013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) layari www.albaghdadirinching.blogspot.com


No comments:

Post a Comment