Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Serban

Jom berkongsi hadis Kelebihan Serban.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Serban merupakan mahkota bagi orang Arab, apabila mereka memakai serban, maka mereka telah memakai kemuliaan mereka."

Sabda Nabi S.A.W. : "Berserbanlah kamu kerana sesungguhnya para Malaikat berserban."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya sentiasa berdoa kepada orang yang memakai serban pada hari Jumaat."

Sabda Nabi S.A.W. : "Perbezaan antara kita dan orang musyrikin ialah memakai serban dan kupiah."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Para Malaikat berdoa kepada orang yang memakai serban dan hadir untuk solat pada hari Jumaat."

Sabda Nabi S.A.W. : "Dua rakaat orang yang memakai serban terlebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Berserbanlah kamu sesungguhnya para syaitan tidak memakai serban."



Sabda Nabi S.A.W. : "Serban itu sebahagian para Malaikat, maka lepaskanlah ekor serban dibelakang kamu."

Rasulullah S.A.W. bersabda : " Lilitkanlah serban kamu sesungguhnya para Malaikat melilit serbannya."

Sabda Nabi S.A.W. : "Dilarang meletak serban di atas bahu dan disuruh memakainya."



Pengajaran Hadis :

1- Serban adalah pakaian orang yang beriman. Para Malaikat juga memakainya. Serban membezakan orang beriman dengan orang kafir dan syaitan.

2- Para Malaikat sentiasa mendoakan kebahagian untuk orang yang suka memakai serban dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

3- Solat dua rakaat orang yang berserban mendapat pahala berganda-ganda daripada Allah S.W.T. iaitu sebanyak tujuh puluh rakaat tanpa serban.


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsap : 013 - 285 6342 (Ustaz Fazley), 017- 326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment