Rasulullah S.A.W. bersabda. "Doa adalah otak ibadat."
Sabda Nabi S.A.W. : "Allah S.W.T. menyukai orang yg ikhlas dalam berdoa."
Sabda Nabi S.A.W. : “Firman Allah S.W.T. : Wahai hamba Ku, Aku di sisi engkau dan Aku bersama engkau apabila engkau berdoa kepada-Ku.”
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah S.W.T. , Allah S.W.T. murka ke atasnya.”
Sabda Nabi S.A.W. : “Meninggalkan doa adalah maksiat.”
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Doa adalah senjata bagi orang yang beriman, doa juga tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” Riwayat Abi Yu’la
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Takutlah oleh mu akan doa orang yang dizalimi, kerana ia sampai ke awan putih, lalu Allah S.W.T. berfirman : Demi kemuliaan dan keagongan-Ku, Aku pasti menolong engkau walau selepas beberapa ketika.”
Sabda Nabi S.A.W. : “Takutlah oleh mu doa orang yang dizalimi sekalipun mereka kafir kerana doanya tiada hijab.”
Pengajaran Hadis :
1- Perbuatan manusia boleh diubah dgn cara berdoa bersungguh-sungguh semata-mata mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Waktu berdoa yg paling mustajab ialah 1/3 malam atau sebelum fajar subuh menyinsing.
2- Mereka yg telah meninggalkan doa telah durhaka kpd Allah S.W.T., kerana sewaktu berdoa manusia boleh memohon apa-apa permintaan yg dikehendakinya, dgn izin-Nya, In shaa Allah akan termakbul lah doanya itu.
3- Doa org yg dizalimi amat mustajab disisi Allah S.W.T., tiada pendinding antara doa mereka dan Allah S.W.T.
* Sesi Penerangan PERCUMA Belajar AlQuran Teknik AlBaghdadi. Setiap Ahad. Bermula 8.30pagi.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi ALC Bandar Rinching
Hubungi : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017- 326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment