Cara-cara menghormati pembacaan AlQuran
Setelah gosok gigi dan berwudhu seseorang itu mestilah duduk disuatu tempat yang terpisah dari orang lain dengan keadaan hormat dan rendah diri dan menghadap kearah Qiblat. Kemudian dengan hati yang penuh perhatian khushuk dan girang menyelubungi suasana itu, seseorang itu hendaklah membaca, membayangkan setiap masa bahawa ia sedang membaca AlQuran itu kepada Allah S.W.T.
Jikalau seseorang itu memahami maksudnya, ia hendaklah berhenti sekejap dan berfikir bila bertemu dengan ayat yang mengatakan janji baik dan keampunan dan hendaklah memohon kepadaNya keampunan dan kasih sayang.
Tentang ayat mengenai siksa dan amaran, seseorang itu hendaklah meminta perlindungan daripadaNya, kerana selain daripadaNya tidak ada lagi Penolong.
Tentang ayat menyatakan Keagungan dan KemuliaanNya seseorang itu hendaklah dapat mengeluarkan air-matanya secara sendiri dengan membaca AlQuran, maka ia hendaklah memaksa dirinya supaya menangis sedikit.
“Kepada seseorang yang sedang berkasih, saat-saat kemuncak daripada kegembiraan adalah pada ketika kemunculan kekasihnya itu. Ianya penuh dengan perasaan kesalahan dirinya dan akan mengalirkan air mata dengan tidak berhenti-henti.”
Janganlah ia membaca cepat melainkan ia berhasrat untuk menghafalnya. AlQuran itu hendaklah diletakkan diatas satu tempat yang tinggi. Janganlah seseorang itu bercakap dengan orang lain ketika membacanya. Jikalau ia terpaksa bercakap dengan orang lain, ini hendaklah dilakukan selepas menutup AlQuran dan kemudian membaca ta’awudh (memohon perlindungan Allah daripada Syaitan) sebelum membacanya semula. Jikalau orang ramai disekeliling sibuk dengan tugas-tugas mereka maka hendaklah dibaca dengan suara rendah, jika tidak adalah baiknya jika dibaca dengan kuat.
Mashaikh telah menyebut enam peraturan secara lahiriah dan enam peraturan secara batiniah mengenai bagaimana hendak menghormati pembacaan AlQuran Yang Suci, yang diberikan seperti dibawah ini:
Adab secara lahiriah
1- Ambil wudhu dan kemudian duduk menghadap Qiblat dengan cara yang penuh sopan.
2- Jangan membaca dengan terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutannya.
3- Cubalah berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.
4- Tindak-balas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan diatas.
5- Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.
6- Bacalah dengan suara yang MERDU kerana banyak hadith-hadith yang menekankan tantang amalan ini.
Adab secara batiniah
1- Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan AlQuran dan menyedari tentang kemuliaannya.
2- Hendaklah merasakan didalam hati bagaimana Maha Halus, Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana AlQuran ini adalah wahyu daripadaNya.
3- Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
4- Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita. Rasulullah S.A.W. satu ketika pernah berdiri seluruh malam membaca berkali-kali akan ayat dari Surah Al-Maidah ayat 118 yang bermaksud : “Jika Engkau mengazabkan mereka, mereka adalah hamba-hamba Mu dan jika Engkau mengampuni mereka, Engkaulah Yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana.”
Satu ketika Hadrat Sa’id Ibne Jubair r.a. menghabiskan seluruh malam mengulang-ulangi ayat dari Surah Yaasin ayat 59 yang bermaksud : “Dan berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang-orang yang bersalah.
5- Hendaklah ada kesan dihati tentang perkara-perkara yang terdapat didalam potongan-potongan ayat yang dibacakan itu. Misalnya tentang ayat pengampunan, hati kita hendaklah penuh gembira. Dan tentang ayat yang membawa berita azab, hati kita hendaklah berasa takut dan gentar.
6- Telinga kita mestilah dipasang dengan penuh perhatian seolah-olah Allah Yang Maha Berkuasa sendiri berkata-kata kepada kita dan pembaca itu mendengar kepadaNya.
Semoga Allah, dengan belas kasihanNya dan KemurahanNya, menganugerahkan kita kebolehan membaca AlQuran dengan adab-adab yang hormat ini.
# Jom Belajar AlQuran di ALC Bandar Rinching!!
Hubungi/sms/whatsapp: 013 - 285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment