Sunday, 5 October 2014

Kelebihan Iman

Jom berkongsi hadis Kelebihan Iman.

Rasulullah S.A W. bersabda : "Iman ialah makrifah (yakin sepenuhnya pada Allah) dengan hati, ucapan dgn lidah dan beramal dgn rukun2nya."

Sabda Nabi S.A.W. : "Iman adalah bertelanjang, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya adalah malu, dan buahnya (hasilnya) adalah ilmu."



Rasulullah S.A.W. bersabda : "Tidak sempurna iman bagi seseorang yg tidak ada sifat amanah."

Sabda Nabi S.A.W. : "Tidak senpurna iman seseorang kamu sehingga ia benar2 mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Iman berada di dalam dada orang beriman, tidak sempurna iman melainkan dengan menyempurnakan perkara2 fardhu dan sunat, dan tidak rosak iman melainkan dgn ingkar terhadap perkara2 fardhu dan sunat. Sesiapa meninggalkan perkara2 fardhu tanpa ingkar kefardhuannya diberi seksa ke atasnya, dan sesiapa menyempurnakan perkara2 yg fardhu baginya adalah Syurga."



Sabda Nabi S.A.W. : "Iman tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang, akan tetapi ia mempunyai kedudukan tertentu iaitu dengan menyebut satu persatu cabang2 iman. Sekiranya kurang kedudukan iman, dan asal iman ialah penyaksian bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T. yg satu tiada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pd bulan Ramadhan, mengerjakan haji, dan mandi junub. Sesiapa yg menambah kedudukan iman, nescaya bertambahlah kebaikan, dan sesiapa yg kurang kedudukan iman, maka berkuranglah kedudukan iman, bukan iman itu sendiri."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Iman adalah dua bahagian; pertama terletak pada sabar dan bahagian kedua terletak pada syukur.



Sabda Nabi S.A.W. : "Iman adalah penyekat daripada pembunuhan secara mudah, tidak akan dilakukan pembunuhan secara mudah oleh orang yg beriman."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Allah S.W.T. telah menjadikan iman, lalu Allah S.W.T. menghiasi dan memujinya dgn sifat bertimbang rasa dan malu, dan Allah S.W.T. juga menjadikan kekufuran, lalu Allah S.W.T. mencelanya dgn sifat bakhil dan bengis."

Sabda Nabi S.A.W. : "Apabila penduduk Syurga memasuki Syurga, dan apabila penduduk neraka memasuki neraka, Allah S.W.T. memerintahkan supaya dikeluarkan drpd api neraka sesiapa yg ada di dalan hatinya sebesar biji zarah drpd iman."




Pengajaran Hadis :

1- Iman perlu melalui tiga aspek utama, membenarkan segala suruhan dan larangan di hati yg suci, melaksanakan dgn anggota badan dan ucapan dgn lidah.

2- Iman menentukan kedudukan manusia antara baik dan buruk, antaranya Syurga dan Neraka.

3- Iman akan menjadi halangan dan hijab berlakunya perkara2 yg diharamkan oleh Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching

Hubungi/sms/wsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment