Sunday, 5 October 2014

Rukun 'ISLAM'

Mari kita menghayati pengertian Rukun ISLAM :

1)      Mengucap Dua Kalimah Syahadah

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya.” Dengan syahadah kita mengabdikan diri melalui hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah S.W.T. sahaja dan Nabi Muhammad itu ialah rasul-Nya.


2)      Solat Lima Waktu Sehari Semalam

Dengan menunaikan solat kita telah mangabdikan seluruh jiwa raga kita menyembah kepada-Nya.  Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi S.A.W.


 3)      Berpuasa di Bulan Ramadhan

Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan terhadap makanan, minuman serta menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.


4)      Mengeluarkan Zakat

Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah melalui penyerahan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.


 5)      Mengerjakan Haji di Baitullah


Dengan mengerjakan haji kita menyumbang kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang  Muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.


# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi ALC Bandar Rinching



Hubungi : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com

No comments:

Post a Comment