Rasulullah S.A.W. bersabda. : "Sesiapa menyebut kalimah la ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah setiap hari seratus kali, maka dia akan datang pd hari Qiamat dalam keadaan wajahnya berseri2 seperti bulan purnama."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sebaik2 zikir ialah menyebut la ilaha illa Allah dan sebaik2 doa ialah alhamdulillah."
Rasulullah S.A.W. bersabda. : "Firman Allah S.W.T. : La ilaha illa Allah adalah firman-Ku, sesiapa yg menyebutnya termasuk dlm benteng-Ku (jagaan-Ku), dan sesiapa termasuk dlm benteng-Ku maka dia akan selamat drpd kemurkaan-Ku."
Sabda Nabi S.A.W. : "Tunaikanlah zakat tubuh badan kamu dengan menyebut La Ilaha Illa Allah."
Sabda Nabi S.A.W. : "Barangsiapa yg menyebut kalimah La Ilaha Illa Allah semata-mata ikhlas kerana Allah S.W.T., maka dia akan dimasukkan ke dalan syurga."
Rasulullah S.A.W. bersabda. : "Barangsiapa diawal dan akhir ucapannya menyebut La Ilaha Illa Allah sedangkan dia melakukan seribu kejahatan, dan dia hidup seribu tahun, maka Allah S.W.T. tidak akan bertanya kepadanya walaupun satu dosa."
Sabda Nabi S.A.W. : "Barangsiapa menyebut kalimah La ilaha illa Allah tanpa ujub ( bangga diri) nescaya terbang seekor burung dgn kalimah tersebut di bawah Arasy, lalu ia bertasbih bersama2 dgn golongan yg bertasbih sehingga hari Qiamat dan dituliskan pahala baginya (orang yg bertasbih tanpa ujub)."
Rasulullah S.A.W. bersabda. : "Barangsiapa menyebut kalimah La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah sekali, akan diampunkan dosanya sekalipun banyak seperti buih dilaut."
Sabda Nabi S.A.W. : "Apabila seseorang mu'min lalu diatas tanah perkuburan lalu berdoa : ( Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Satu, Tidak Ada Sekutu Bagi-Nya, Dia Mempunyai Kerajaan, Pujian, Menghidup dan Mematikan, Dialah Yang Maha Hidup Tidak Mati, Dalam Kekuasaannya Segala Kebaikan dan Dia Berkuasa Melakukan Setiap Sesuatu), maka Allah S.W.T. akan menyinari kubur tersebut, dan diampunkan dosa bagi org yg berdoa, Allah S.W.T. menulis baginya sejuta kebajikan, Allah S.W.T. mengangkat baginya sejuta darjat dan Allah S.W.T. menggugurkan baginya sejuta kejahatan."
Pengajaran Hadis :
1- Sesiapa menyebut kalimah tauhid La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah secara zahir (dgn lidah) atau secara batin (melalui hati) dgn penuh ikhlas semata2 kerana Allah S.W.T., maka pada hari qiamah dia akan dibangkitkan dengan wajah yg berseri2 bersama amalannya itu.
2- Doa yg sebaik2nya ialah yg dilakukan dgn menyebut La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah setiap kali berdoa kepada-Nya.
3- Orang yg menyebut kalimah tauhid ini akan diangkat martabatnya beberapa darjat, diampunkan dosa2nya yg telah lalu dan akan datang. Dgn kalimah ini juga manusia akan tergolong dalam golongan ahli syurga atau neraka.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676 (Pn Ita) layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment