Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sedekah itu dapat menghindari kematian yang buruk."
Sabda Nabi S.AW. : "Sedekah rahsia memadam kemurkaan Allah, manakala sedekah terang-terangan pendinding daripada api neraka."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sedekah itu dapat menolak tujuh puluh pintu kejahatan."
Sabda Nabi S.A.W. : "Takutlah oleh mu api neraka walau sebesar biji tamar, sekiranya kamu tiada mampu berbuat demikian maka ucapkanlah dengan ucapan yang baik."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya."
Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa mengherdik orang yang meminta sesuatu, malaikat mengherdiknya pada hari Qiamat."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Mahar bidadari ialah segenggam buah tamar dan sebelah roti (yang disedekahkan sewaktu hayatnya di dunia)."
Sabda Nabi S.A.W. : "Harta tidak berkurangan dengan bersedekah."
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sedekah itu merupakan pengorbanan yang besar, " tiga kali sabda baginda.
Sabda Nabi S.A.W. : "Sedekah menolak bala' dan memanjangkan umur."
Pengajaran Hadis :
1- Amalan bersedekah menandakan seseorang itu mempunyai keikhlasan di dalam hati dan memiliki keyakinan yang tinggi terhadap kebenaran Islam yang dianutinya, seluruh jiwa raga hanya untuk Islam yang dicintainya.
2- Sedekah juga mampu membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
3- Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang bahkan akan bertambah. Umurnya pula akan menjadi panjang dan dihormati kawan dan lawan.
# Pusat Pembelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi - Bandar Rinching
Hubungi/sms/wsap : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 017-326 2676(Pn Ita) atau layari www.albaghdadirinching.blogspot.com
No comments:
Post a Comment